Koleksi Rahsia Doa Dan Amalan Penunduk, Pengasih, Pelaris Dan Agar Desegani

Wednesday, February 26, 2014

Gambar Terakhir Ariel Sharon Yang 8 Tahun Dalam Siksa Dunia Sebelum Meninggal


Gambar Terakhir Ariel Sharon Yang 8 Tahun Dalam Siksa Dunia



Sejak mengalami stroke pada januari 2006, keadaan kesihatan mantan Perdana Menteri Israel Ariel Sharon terus memburuk, bahkan dalam keadaan tidak sadarkan diri.

Sharon yang ketika ini berusia 85 tahun, sedang mendapat perawatan intensif di Hospital Tel Hashomer, Tel Aviv, akibat menderita kegagalan ginjal sejak Rabu, 1 Januari 2014. Juru bicara hospital menyatakan, kesihatan Sharon mengalami penurunan selama beberapa hari ini. Demikian keterangan pihak hospital seperti disiarkan Al Jazeera pada Khamis, 2 Januari 2014.

Sejak mengalami stroke pada januari 2006, berbagai usaha telah dilakukan kumpulan doktor untuk memulihkan kesihatan orang yang paling bertanggung jawab terhadap pembantaian di kemah penduduk Palestin, Sabra dan Shatila ini.

Pada Februari 2006, para doktor di Hospital Hadassa telah memasukkan Ariel Sharon ke ruang bedah khusus. Ia memiliki luka yang membusuk dan tidak sadarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain.

Pada September 2013, Sharon menjalani pembedahan di bahagian perut untuk memperbaiki masalah dalam sistem infusnya. Operasi yang berlangsung selama satu jam itu telah direncanakan beberapa bulan sebelumnya.

Para doktor spesialis Israel dan Amerika Syarikat pada Januari 2013 menyatakan, Sharon telah menunjukkan aktiviti otaknya secara signifikan melalui imbasan MRI. Dia dapat bertindakbalas terhadap foto-foto keluarganya tujuh tahun silam setelah mengalami stroke.

Berdasarkan laporan suruhanjaya siasatan Israel pada tahun 2003, menyimpulkan bahawa para pemimpin Israel bertanggung jawab atas pembunuhan di kemah penduduk Palestin, Sabra dan Shatila, di Lebanon. Saat itu, ahli politik dari Partai Likud ini menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan yang dianggap secara peribadi harus bertanggung jawab kerana gagal mencegah kekerasan yang membawa maut.

Sharon, terakhir, menjabat sebagai Perdana Menteri Israel dari 2001-2006. Dia memimpin tentera Israel dalam menghadapi perlawanan Palestin, dikenal dengan sebutan Intifada kedua, yang berakhir pada 2004.

Ariel Sharon bertanggung jawab pada tragedi pembantaian Qibya pada 13 Oktober 1953. Saat itu 96 orang Palestina tewas oleh Unit 101 yang dipimpinnya. Ia juga memimpin pembantaian Sabra dan Shatila di Libanon pada1982 yang mengakibatkan 3.000-3.500 jiwa terbunuh. Sehingga ia dijuluki sebagai pembantai 'Tukang Jagal dari Beirut'.




Kisah Ajaib Dan Benar Bantuan Allah Di Bumi Palestin



Kisah Ajaib Dan Benar Bantuan Allah Di Bumi Palestin

Terpulanglah pada individu masing-masing untuk mempercayainya atau tidak. Cerita ini aku sengaja kongsi2kan di sini. Tetapi ingatlah tiada yang mustahil jika itu adalah kehendak dari Allah S.WT.

Ini kisah benar yang diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang pernah ke Gaza.


Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza :

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2 

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3 
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4 

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5 

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6 

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Peristiwa lain :

Dikatakan ada pasukan ghaib membantu para mujahidin Palestin dan ia turut diakui oleh pasukan Israel. Pada Januari 2009, askar Israel menerobos masuk ke sebuah rumah keluarga Palestin di Gaza. Anak lelaki keluarga itu ditahan. Askar Israel bertanyakan tentang ciri pakaian para pejuang al-Qassam, salah satu kumpulan mujahidin di Palestin.

Lelaki itu menjawab jujur bahawa pejuang al-Qassam mengenakan pakaian serba hitam. Jawapannya itu membuatkan tentera Israel marah dan menuduhnya penipu. Lalu lelaki itu dipukul bertalu-talu sehingga pengsan.

Selama tiga hari berturut-turut lelaki itu akan ditanya soalan yang sama dan lelaki itu tetap jujur memberi jawapan yang sama. Dan setiap kali itu juga dia akan dipukul sehinggalah akhirnya tentera Israel mengalah dengan lelaki itu dan menjerit memberitahu: Engkau penipu! (merujuk kepada mujahidin al-Qassam yang dilihat tentera Israel).

Dalam satu kisah lain pula, sebuah van ambulans dalam perjalanan ke hospital. Sekumpulan tentera Israel telah menghentikan van itu lantas bertanya kepada pemandunya adakah dia daripada kelompok Hamas atau Fatah?

Aku bukan dari kelompok mana-mana pun. Aku seorang pemandu ambulans, jawab pemandu itu. Lantas tentera Israel itu bertanya: Jika begitu, siapakah pasukan berpakaian serba putih yang mengikuti kamu tadi?

Pertanyaan tentera Israel itu membuatkan si pemandu tersebut kebingungan kerana hakikatnya, dia hanya memandu van itu berseorangan tanpa diiringi sesiapa pun.

Kisah ini turut disampaikan oleh khatib yang memberi ceramah di masjid dalam Wilayah Nashirat di Gaza. Ceritanya, seorang mujahidin Palestin telah menanam seunit ranjau peledak untuk menghalang kemasukan tentera Zionis Israel. Lalu dia bersembunyi untuk menjaga kawasan tersebut. Datang beberapa helikopter Israel dan menurunkan sejumlah besar pasukannya beserta kereta kebal yang berisi pelbagai senjata hebat.Melihat jumlah pasukan Israel yang besar itu, mujahidin itu merasakan ranjau yang ditanamnya tidak akan mampu memusnahkan pasukan tersebut. Impak ranjau itu terlalu kecil untuk pasukan sebesar itu. Maka dia mengambil keputusan untuk pulang semula ke markasnya.

Tetapi sebaik saja mujahidin itu mahu bangun, dia terdengar satu suara berkata: Utsbut tsabatkallah. Maknanya, tetapkanlah di tempatmu, maka Allah akan membantumu. Ucapan itu kedengaran sebanyak tiga kali.

Puas mujahidin itu mencari dari mana datangnya suara itu. Anehnya tiada sesiapa di sekelilingnya. Jadi siapa yang bersuara itu?

Kerana kata-kata itu, mujahidin itu duduk semula di tempat persembunyiannya. Dan ketika itulah dia melihat apabila pasukan Israel itu melalui perangkap ranjau yang dipasangnya, sesuatu yang tidak dijangka berlaku.

Peledak yang dipasangnya meletup dan kesan letupannya amat dahsyat, ibarat berpuluh peledak diletupkan sekaligus. Akibatnya, seluruh pasukan zionis itu terjejas teruk dan terpaksa pulang semula ke pengkalan mereka.

Bagaimana peledak biasa yang ditanamnya boleh berfungsi sedemikian rupa? Itulah pertolongan Allah!

Di daerah selatan Gaza, para mujahidin memasang peledak. Tetapi, belum sempat kabel ranjau peledak itu disiapkan, muncul beberapa pesawat peninjau Israel di udara menyebabkan para mujahidin segera bersembunyi. Tidak lama kemudian, muncul kereta perisai dan tentera Israel.

Pasukan Zionis itu berhenti di kawasan tempat para mujahidin memasang peledak tadi. Sayangnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana peledak itu tidak boleh berfungsi berikutan wayarnya yang belum disambung.

Mujahidin itu sekadar mampu berdoa yang bermaksud: Ya Allah, sebagaimana Engkau tidak memberi kesempatan kepada kami menghadapi mereka, jadikanlah mereka juga tidak memiliki kesempatan yang serupa!

Dan tidak lama kemudian, berlaku keajaiban. Berlaku satu letupan dahsyat di kawasan pasukan Israel itu yang mengorbankan ramai tenteranya hingga memaksa mereka berundur dari kawasan itu.

Setelah itu , para mujahidin datang semula kelokasi tersebut. Mereka terkejut, peledak yang mereka pasang masih utuh tidak meletup. Jadi, dari mana datangnya letupan yang berjaya mengundurkan tentera Israel tersebut?

Seorang lagi pejuang bercerita sewaktu dia melakukan kawalan di sempadan Gaza berseorangan. Ketika itu, dia terdengar sayup-sayup suara orang yang sedang berzikir dan beristighfar. Puas dia mencari di sekelilingnya untuk mencari dari mana datangnya suara itu sedangkan tiada sesiapa di sekelilingnya. Dan seketika barulah dia tersedar, suara-suara itu datangnya dari celah-celah batu dan pasir di sekitar nya. Subhanallah!

Di sebuah kawasan perumahan di Wilayah Tal islam pula, beberapa pejuang Palestin yang cedera kelihatan menangis di tepi rumah-rumah penduduk. Lantas mereka bertanya, Mengapa kalian menangis? Dan jawab mujahidin itu, Kami menangis bukan kerana kami takut dengan musuh, sebaliknya kerana, bukan kami yang bertempur, ada pasukan lain yang sedang menentang musuh kita dan kami tidak tahu dari mana mereka datang.

Ada juga kisah yang diceritakan sendiri oleh tentera Israel dan disiarkan di saluran televisyen Negara Yahudi tersebut. Menurut seorang bekas tenteranya, sewaktu dia sedang melakukan kawasalan di Gaza, entah dari mana muncul seorang tentera berpakaian serba putih lalu membaling pasir ke wajahnya, ketika itu juga matanya jadi buta sehingga kini.

Di kawasan lain di Gaza, ada tentera Israel juga bercerita, mereka berperang dengan sekumpulan pejuang berpakaian serba putih dan berjanggut panjang. Anehnya, bila ditembak, pejuang serba putih itu sedikit pun tidak cedera hingga tentera Israel menggelar pejuang itu sebagai halimunan. Siapakah tentera berbaju putih yang dimaksudkan Israel itu.

Jenazah seorang mujahidin bernama Musa Hasan yang syahid kerana serangan udara Israel. Sepotong kain yang terkena darah mujahidin itu masih berbau harum walaupun telah dicuci berulangkali.

Antara bulan Disember 2008 hingga Januari 2009, Israel melakukan pelbagai serangan yang menyasarkan golongan wanita dan kanak-kanak dengan tujuan akan berkurangnya generasi Palestin dimasa akan datang. Dalam tempoh itu, hampir seribu lima ratus nyawa terkorban. Ajaibnya, mengikut takrif yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza, 3,700 bayi lahir dalam tempoh tersebut. Ibaratnya dua ribu nyawa yang dikorbankan Israel, Allah memberi empat ribu nyawa baru sebagai gantinya. 

Updated :( 27.12.2012 jam 11.40pg) :

Ada bukti lain juga yang mana sedikit sebanyak ada berita dari harian Metro sebelum ini yang mengatakan tentera Al-Qassam adalah tentera yang pernah beberapa kali diberi bantuan oleh Allah sehingga diberi jolokan sebagai tentera Malaikat. Gambar di bawah menunjukkan seorang wartawan dari harian Metro yang bergambar dengan beberapa Komando dari kalangan Briged Al-Qassam di sebuah ladang pokok Zaiton. Di Gaza.

Doa Memohon Agar Dipulangkan Barang yang Dicuri


Nuffnang Ads

Doa Memohon Agar Dipulangkan Barang yang Dicuri


Bismillah...

Kecurian barang mungkin sudah biasa sangat di zaman sekarang.
Dulu-dulu- Semasa di asrama selalu juga terkena. Hilang selipar sebaik solat berjemaah di surau, hilang kain baju di ampaian and hilang barang-barang peribadi di dorm dianggap asam garam biasa di asrama.
Semasa saya menyewa di Kuala Lumpur pun, saya pernah mengalaminya dan paling saya terkilan- Dompet yang dicuri (ya, dicuri oleh penghuni dalam rumah tu sendiri) mengandungi hampir separuh gaji saya yang dikeluarkan untuk membayar hutang, kad-kad bank, kad pengenalan dan yang paling saya tak halalkan adalah rantai leher saya pemberian emak yang putus menunggu dibawa ke kedai emas.
Sampai sekarang pun, kalau saya teringat rantai emas tu, saya akan berasa sangat bersalah dengan emak dan terdetik-detik nama dan wajah orang yang mengambil tu. Allahu.
Bukan tak redha...Tapi perbuatan tu sangat bodoh dan orang yang tak tahu dosa pahala je yang sampai hati buat macamtu.
Saya yakin dia sekarang sedang menanggung azab menyimpan barang curi sebab saya tidak lagi tinggal di situ dan dia pun dah tak boleh cari saya lagi.
Wang dan kad-kad tu tidak lagi saya kenangkan. Jauh di sudut hati, moga ada bantuan Allah untuk kembalikan semula rantai emas yang terukir nama saya tu. :(

Saya ada terbaca satu kaedah dan pendekatan doa bagi ikhtiar untuk mengembalikan barang yang dicuri.
[1] Sebelum membaca doa, bayangkan wajah orang yang mengambil barang tersebut. (Bukan untuk menuduh,ya) Kalau tidak pasti atau tidak cam, bayangkan sahaja wajah orang secara umum.
[2] Baca ayat dari surah Ar-Ra'd ayat 31 sebanyak 31 kali pada waktu tengah malam sebelum tidur. Sebelumtu, maafkanlah semua orang termasuk si pencuri tersebut dan niat kita hanyalah memohon agar barang tersebut dikembalikan.  Insya Allah, dengan izin Allah barang tersebut akan kembali dipulangkan.

Nampak macam magic, ya. Tapi kuasa Allah, tiada siapa boleh menafikannya. Kalau Allah 'kata' jadi, maka jadilah sesuatu atas kehendaknya. Kita hanya berikhtiar. Lagipun Allah dah pesan doa orang teraniaya mudah didengari dan ditunaikan.
Paling pasti, kena yakin dengan Allah.
Yang mencuri tu pun- Senipis-nipis iman dia, dia akan rasa tangkai hatinya 'dicuit' dosa. Doakanlah...

Doa Daripada Ibubapa Untuk Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan


Doa Daripada Ibubapa Untuk Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.
Ketika anak-anak sedang menghadapi ujian besar amali atau menjawab kertas soalan di dewan peperiksaan, pada masa yang sama ibubapa dan penjaga boleh melakukan amalan berikut: 
.

1.  Ambil wuduk

2.  Menghadap kiblat

3.  Membaca Kalimah Syahadah (3 kali)

“Daku mengakui bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah
dan daku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah!”
 .

4.  Membaca Surah Al-Fatihah (10 kali)

.

5.  Baca Surah 3 Qul (1 kali)

.

6.  Baca Surah Insyirah (1 kali)

.

7.  Membaca Selawat (10 kali)

.

8.  Baca Surah Yaasin (1 kali)

.

9.  Baca Surah Insyirah (100 kali)

.
10.  Niatkan di dalam hati supaya Allah SWT mempermudahkan anak-anakmenjawab soalan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.
 .
Amalan ini boleh dilakukan sama ada di rumah atau di tempat kerja atau di mana sahaja ketika anak-anak sedang berada di dewan peperiksaan. InsyaAllah, segalanya dipermudahkan dan anak-anak akan dapat menjawab dengan tenang dan menepati kehendak soalan dengan mudah dan baik.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.

Doa ketika ditimpa sesuatu yang tidak disukai


Doa ketika ditimpa sesuatu yang tidak disukai 


Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya.

"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah. Kedua-duanya baik. Bersungguhlah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu. Minta tolonglah kepada Allah dan jangan lemah.

Apabila kamu ditimpa sesuatu kesusahan, jangan berkata: 'Seandainya aku berbuat begini..dan begitu..' tapi berkatalah: 'Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya'. Sesungguhnya perkataan 'Kalau/seandainya' akan membuka pintu bagi gangguan syaitan".

Doa ketika berhadapan dengan musuh Dan Doa ke atas musuh

 Doa ke atas musuh 


Maksudnya:

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang pantas perhitungannya, kalahkanlah kumpulan kafir. Ya Allah, kalahkanlah mereka dan goncangkanlah kedudukan mereka.

Doa ketika berhadapan dengan musuh 


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya kami jadikan Engkau sebagai penghapus mereka dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka.



Maksudnya:

Ya Allah, engkaulah Pembantuku dan Engkaulah Penolongku dan dengan pertolongan Engkaulah aku berperang.



Maksudnya:

Cukuplah bagi kami pertolongan Allah dan Allahlah sebaik-baik penolong.

Doa ketika dukacita dan sedih



Doa ketika dukacita dan sedih 


Maksudnya:


Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.




Maksudnya:


Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

Doa perlindungan untuk anak-anak


Doa perlindungan untuk anak-anak 

Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:

Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).

Ucapan tahniah kepada mereka yang mendapat anak dan jawapannya 

Semoga Allah memberkati engkau dengan kelahiran anak ini dan engkau pula mensyukuri Pemberinya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan engkau mendapat layanan yang baik daripada anak ini.

Jawapan daripada bapa / penjaga kepada orang yang menyampaikan tahniah:
Semoga Allah melimpahkan berkatNya ke atas engkau, membalasnya dengan balasan yang baik, merezekikan engkau seumpamanya serta memperbanyakkan pahala engkau.
.!

7 Doa Terbaik Untuk Anak



-
Doa adalah harapan yang bisa anda sampaikan pada-Nya, untaian kata dengan makna yang ditandai dengan keikhlasan jiwa dan juga usaha dari orang tua untuk buah hatinya, menjadikan mereka sebagai pribadi yang berahlak dan bermoral. Mendidik dengan memberikan teladan yang baik adalah usaha yang bisa anda lakukan untuk mendapatkan harapan anda. Sempurnakan ikhtiar anda dengan do’a yang dicontohkan oleh nabi dan rasul pada anak dan cucunya.

Berikut adalah doa terbaik untuk anak yang bisa anda amalkan :

1.  Doa terbaik untuk anak dalam meminta perlindungan



Artinya :Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).
2.  Doa terbaik untuk anak menjadi sholeh dan sholehah
Artinya : Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-quran).



Artinya : Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).


Artinya : Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.
3.  Doa terbaik untuk anak  rajin beribadah
Rabbi-Ajal'ni muqeema salaati, wa min Dhurriyyati, rabbana wataqabbal Duaa"
Artinya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Surah Ibrahim [14:40] .
4.  Doa terbaik untuk anak rajin belajar
Anda dapat membacakan doa ini setelah sholat wajib sebanyak 3x dan waktu sholat tahajjud sebanyak 27x. Bacakan doa sebagai berikut :
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM, ALLAHUMMAFTAH ALAYYA FUTUUHAL AARIFFIN BIHIKMATIKA, WANSYUR ALAYLA RAHMATAKA YA DZAL JALAALI WAL IKRAM.
Pastinya dengan usaha yang membangun anak untuk terangsang dalam meningkatkan wawasannya seperti membacakan dogeng-dogeng sebelum tidur, memberikan makna dari ceritanya. Berikan teladan yang baik dalam tokoh cerita tersebut .
5.  Doa terbaik untuk anak yang beriman dan bertakwa


Artinya : “ Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa” (al- furqan : 74)
6.  Doa terbaik untuk anak yang sedang sakit



Bismillaahil kabiiri Na’uuzu billaahil ‘Aziimi min syarri ‘irqin wa min Syarri harrin Naari
Artinya: “Dengan Menyebut nama Allah yang Maha Beasr Kami berlindung kepada Allah Yang Maha Agung dari sakitnya darah mengalir (luka) dan dari buruknya panas”.
7.  Doa terbaik untuk anak menjadikan pribadi yang lebih baik




Artinya : Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.